MAIWP DAN JPWPKL INGIN LAHIRKAN ‘SMART LEADERSHIP’


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), bercita-cita untuk melahirkan seramai mungkin pelajar-pelajar berkepimpinan ‘Smart Leadership’.; berkeyakinan diri, sifat kepimpinan, sahsiah tinggi dan bermotivasi.

Bagi tujuan itu pada   23-25 Julai 2024,pelajar-pelajar melibatkan 97 sekolah di Kuala Lumpur berjaya mengikuti Program Smart Leadership di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

Program pada siri ini dari  kalangan pelajar asnaf tingkatan 3 – 4, penerima bantuan am persekolahan MAIWP.

Program selama 3 hari 2 malam, adalah kerjasama antara MAIWP dan JPWPKL.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan hadir bersama  Encik Wan Amiruddin bin Wan Ismail, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPWPKL.

TOP