KHADIJAH INTERNATIONAL WAQF FOUNDATION ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE MAIWP

 

Khadijah International Waqf (L) Foundation (KIWF), yang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Hajjah Rohani Binti Datuk Hj Mohd Shahir, bersama pengurusan tertinggi yayasan tersebut, baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Ketibaan rombongan tersebut disambut mesra oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, bersama pengurusan tertinggi MAIWP.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua belah pihak dalam bidang wakaf amal (al-waqf al-khai’ri).

Menurut Puan Hajjah Rohani, tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mencontohi kemurahan hati Khadijah binti Khuwailid, isteri Nabi Muhammad SAW, yang dikenali sebagai wanita terkemuka dalam Islam dan ibu kepada orang-orang beriman.

KIWF berhasrat untuk meneruskan legasi beliau melalui pelbagai inisiatif wakaf yang memberi manfaat kepada ummah.

Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai wakaf amal yang ditubuhkan di bawah Seksyen 107 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, yang merentasi antara benua.

Kerjasama ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi penglibatan kedua-dua pihak dalam projek-projek amal yang memberi impak positif kepada masyarakat.

TOP