MAJLIS SANTUNAN KASIH ASNAF 1447H

KUALA LUMPUR, 16 April – Sempena bulan Syawal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus mempergiat usaha menyantuni golongan asnaf melalui pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban serta menyemai harapan dalam kalangan penerima.

Sebanyak RM500 telah diagihkan kepada 38,850 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, melibatkan jumlah keseluruhan RM18.171 juta. Selain itu, MAIWP turut menyalurkan sumbangan khas berjumlah RM138,000 kepada 400 ketua keluarga dan 200 kanak-kanak.

Dalam memperkukuh impak bantuan, MAIWP menjalin kerjasama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan peruntukan sebanyak RM3.136 juta. Kerjasama ini melibatkan pelaksanaan pelbagai program kebajikan, pendidikan dan dakwah bagi meningkatkan kesejahteraan golongan sasar.

Sehingga 15 April 2026, sejumlah RM257.07 juta dana zakat telah diagihkan oleh MAIWP, merangkumi 38 skim bantuan serta pelbagai inisiatif pembangunan asnaf.

Usaha berterusan ini mencerminkan semangat Syawal yang menekankan nilai berkongsi rezeki, menyemai kasih sayang serta memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam masyarakat.

TOP