SOLUSI MADANI TANGANI CABARAN KELUARGA BANDAR

Kuala Lumpur, 23 Julai 2025 – Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya menghadiri Seminar Perbandaran MADANI: Membangun Masyarakat Sejahtera dan Inklusif yang diadakan di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur.

Beliau dijemput sebagai ahli panel bagi forum bertajuk “Memperkukuh Keluarga Bandar: Cabaran Sosial, Solusi MADANI” bersama Pengerusi SALWA, Puan Nordiran Idris. Forum ini membincangkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh institusi kekeluargaan di bandar, termasuk tekanan ekonomi, jurang komunikasi, dan pengaruh teknologi.

Datuk Mohd Nizam berkongsi pengalaman serta pendekatan MAIWP dalam memperkukuh keluarga bandar melalui agihan zakat bersasar, pendidikan keibubapaan, dan pemerkasaan komuniti, selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI. Beliau menekankan keperluan solusi yang menyeluruh dan inklusif dalam membina keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan.

Semasa sesi soal jawab, beliau turut memberikan maklum balas terhadap pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh peserta, sekaligus menyerlahkan peranan MAIWP dalam mendokong pembangunan sosial berasaskan nilai.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen MAIWP dalam menyumbang secara aktif kepada pembangunan masyarakat bandar yang seimbang dan inklusif.

TOP