Delegasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang diketuai oleh Prof. Dr. Azmil Hahsim, Pengarah Institut Pengajian Tahfiz dan Turath Islam, dan turut bersama-sama beliau, Prof. Madya Dr. Husna Hussain,Kketua Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Encik Nurul Anuar Bin Jamasan @Kasban, Timbalan Pendaftar Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) dan Ustaz Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, mengadakan kunjungan hormat ke Menara MAIWP.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan sesi perbincangan mengenai peluang
kolaborasi dalam pelbagai disiplin ilmu, termasuk pendidikan, penyelidikan,
perundangan, kebajikan, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), serta
bidang-bidang lain yang relevan.
Pertemuan ini dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus
Bahagian Agihan Zakat MAIWP.
Bersama-sama beliau daripada pegawai MAIWP; Ustaz Ahmad Saifuddin bin Haji Md Tahir @Twahir, Encik Affandey bin Yaakub,
Semoga pertemuan dan perbincangan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua pihak dan membawa manfaat yang besar dalam pelbagai aspek pembangunan.











