TAHUN KUALITI 2025 DAN RAIKAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI

 

Dengan semangat baharu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Tahun Kualiti MAIWP 2025 dengan tema "Kualiti Memacu Keunggulan Perkhidmatan".

Tahun Kualiti ini merupakan landasan utama bagi MAIWP dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta mencapai kecemerlangan berterusan dalam pelbagai bidang, terutama dalam kerja sosial dan agama.

Sebagai simbolik Tahun Kualiti MAIWP 2025, seramai 42 pegawai MAIWP diraikan sempena pencapaian dan kenaikan pangkat, sekali gus memberi inspirasi kepada warga MAIWP untuk terus berusaha menuju kecemerlangan.

Amanat dan Penyampaian Warkah Penyiaran Kenaikan Pangkat Pekhidmat MAIWP 2025 telah disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Antar yang menerima kenaikan pangkat :

Mohd Fauzi Bin Abidin

Farizah Binti Kamaruddin

Yazah Binti Ahmad

Wan Ahmad Fadhli Shah Bin Wan Mohamad Zain

Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff

Rohaya Binti Sulong

Noor Fadzillah Binti Mohd Salleh

Nor Azlin Binti Abu Mansor

Nor Haida Binti Selamat

Aisyah Binti Idris

Suzlianawati Binti Jaafar

Zainol Bin Hashim

Nor Azlina Binti Mohamad Salleh

Mohd Ridzuan Bin Hamid

Mohd Saiful Bin Mohd Soid

Zaitun Binti Hussin

Suwaibah Binti Romli

Mohamad Ruzaimi Bin Ibrahim

Wan Maizatun Binti Wan Hassan

Damithah Binti Iberahim

Mohd Haniff Bin Salim

Zaidatul Hafizah Binti Mohd Saleh

Mohd Rafie Bin Zakaria

Mohd Radzaleih Bin Matusin

Mona Binti Mohamed

Azizah Binti Mohd Ali

Syaheeda Binti Ismail

Nor Asliza Binti Mohd Aris

Mohd Talhah Bin Anuar

Nurul Iskandar Bin Ismail

Kamarunnizam Bin Shahimi

Muhamad Safwan Bin Saidin

Nor Asliza Binti Mohd Aris

Nik Noor Syafawati Binti Nik Mohamed Nasir

Rafidah Binti Mohd Noor

Mohd Saiful Hafiz Vijia Bin Abdullah

Hairulnizam Bin A. Rahman

Norlilawati Binti Saleh

Mohamad Ridhwan Bin Mazlan

Mohd Syamsul Haffiz Bin Mohd Hussin

Haslina Binti Pilus

Minah Binti Kamis

Turut mengiringi YB Menteri pada sesi penyampaian ini adalah Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer dan Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Dalam ucapan YB Menteri, beliau menyeru warga MAIWP memanfaatkan teknologi Artificial Intelligence (A.I) untuk membuat hebahan kreatif mengenai usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan agar MAIWP sentiasa keterlihatan di mata dunia. 


TOP