Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol).
Rombongan BHPetrol diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Azizul Azily Ahmad.
Turut menyertai beliau dalam kunjungan tersebut adalah Pengurus Retail Network Development, Encik Mohamed Azlan Abdul Haleem, serta Pengurus Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Nawal Zamrose.
Pertemuan ini dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya.
Selain itu, turut hadir bersama dalam sesi perbincangan tersebut ialah Encik Ahmad Saifuddin bin Haji Md Tahir, Ir. Abd Karim bin Mohamed, Ustazah Wan Maizatun binti Wan Hassan, dan Puan Sutera Manis binti Zamzam, yang merupakan pengurusan dan pegawai MAIWP.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara BHPetrol dan MAIWP, dengan fokus kepada perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang kebajikan dan pembangunan komuniti.










