PUTRAJAYA, 17 Oktober 2025 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menghadiri Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 yang diadakan di Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Dalam sesi berkenaan, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya turut menyempurnakan majlis menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan MAIWP Tahun 2024 kepada pihak MAIWP.
MAIWP diwakili oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP; Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan; Lt. Kol. (K) Datuk Haji Anwari bin Suri, Ahli MAIWP; Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP; Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP; serta Puan Noor Fadzilah binti Shafie, Pengurus Bahagian Kewangan dan Pelaburan MAIWP.
Hadir sama daripada Jabatan Audit Negara ialah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), dan Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan 3.
Pada majlis yang sama, Ketua Audit Negara turut menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari MAIWP bagi Tahun 2025 melalui Sistem e-SelfAudit kepada enam (6) syarikat subsidiari MAIWP, iaitu:
1. Hartasuci Sdn. Bhd.
2. Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd.
3. MAIWP Healthcare Sdn. Bhd.
4. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi Sdn. Bhd. (UCMI)
5. Institut Profesional Baitulmal Sdn. Bhd. (KPMAIWP)
6. Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif bagi setiap syarikat subsidiari.
MAIWP menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam semua entiti di bawah seliaannya bagi memastikan amanah ummah sentiasa terpelihara dan diurus dengan penuh integriti.




