Pameran Al-Falah Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2024/1446H dikunjungi oleh YB Menteri, Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd
Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Lawatan beliau ke tapak pameran
diiringi oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
MAIWP.
Turut Bersama mengiringi YB
Menteri, Timbalan Menetri YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan.
Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed
Kamarulzaman bin Syed Kabeer turut bersama dalam rombongan lawatan YB Menteri
ke booth-booth pameran al-Falah, terutama booth Al-Falah MAIWP.
Berpuluh-puluh pegawai dari 14
buah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memeriahkan sesi
lawatan ke semua tapak Pameran Al-Falah.
Benarlah Al-Falah, apabila
agensi-agensi berjaya menyempurnakan sesi menerima tetamu penuh gemerlapan
sebagaimana kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hadir pada majlis ini.
Termasuklah kehadiran tetamu kehormat; YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, YAB Timbalan-timbalan Perdana Menteri, serta dif-dif kenamaan.
Marilah menuju booth Al-Falah MAIWP kerana di sana ada pelaris zakat menarik semua.











