Lebih 50 Ahli Jawatankuasa Tertinggi MAIWP dan anak syarikat bersidang selama 3 hari bermula 17 hingga 19 Mei 2024 di bandar bersejarah Melaka.
Persidangan ini diadakan bertujuan menilai prestasi pencapaian Pengurusan Pentadbiran MAIWP disamping mencari idea-idea baru sesuai dengan keadaan semasa serta memperkasa usaha-usaha yang sedang dijalankan serta meningkatkan sosio ekonomi umat Islam khususnya di 3 Wilayah jajahannya.



