Pusat
Setempat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP atau dikenali ‘One
Stop Centre MAIWP’ sebagai Pusat Agihan Zakat (PAZA) kepada cawangan-cawangan
yang sedia ada di 9 lokasi kawasan Parlimen Kuala Lumpur, dan Bangunan Daruzzakah, sebagai ibu pejabat utama.
Datuk
Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (PKPE MAIWP)
menyatakan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan pegawai-pegawai MAIWP bagi
Februari 2025 di sini, bahawa perkembangan penting dalam usaha meningkatkan
keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat adalah dengan sebuah
Pusat Agihan Zakat (PAZA) sebagai ‘One Stop Centre MAIWP’ dijangka memulakan
beroperasi pada bulan Mac 2025.
PAZA-PAZA
cawangan di 9 lokasi hanya melakukan pemprosesan permohonan, semakan, siasatan
serta mengangkat cadangan untuk diluluskan dan dilakukan pembayaran di Bangunan
Daruzzakah, Kuala Lumpur.
Bagi
mengendalikan PAZA, pihak pengurusan MAIWP telah menyenaraikan beberapa pegawai
untuk bertugas di sana, termasuk melantik 4 pegawai gred 41 dan 16 pegawai
kumpulan sokongan bagi keperluan perjawatan di pusat ini.
PKPE
merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik dan
mengharapkan untuk memperkukuhkan di bahagian barisan hadapan adalah komitmen
MAIWP untuk agihan zakat.
Dengan
beroperasinya PAZA ini, MAIWP berharap urusan agihan zakat yang lebih
sistematik, selesa pelanggan dan mudah mendapat akses bantuan yang diperlukan.
“Saya
ingin berpesan kepada semua pegawai yang bertugas di PAZA, khususnya yang baru
dilantik, bahawa anda adalah 'frontliner' MAIWP.
“Anda
bukan sekadar penjawat awam yang melaksanakan tugas, tetapi anda membawa imej
dan reputasi MAIWP di mata masyarakat,” tegas Datauk Mohd Nizam.
Terdahulu,
majlis perhimpunan dimulai dengan bacaan Yaasin, diikuti dengan lagu Negaraku dan lagu MAIWP
Berbakti Berjasa, termasuk lafaz ikrar Rukun Negara, tayangan aktiviti
MAIWP Januari 2025 dan pegawai baru MAIWP.
Suatu berita baik untuk pegwai-pegawai MAIWP mereka akan mendapat bonus dan Intensif Aidilfitri 2025.












