KONVOKESYEN INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL MAIWP KE- 32

Simbol Kejayaan MAIWP Memartabatkan Pendidikan Kemahiran Asnaf

Alhamdulillah, seramai 88 graduan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen IKB MAIWP Ke-32 bagi sesi 2024/2025 hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan atas kejayaan menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang kemahiran.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, barisan Ahli MAIWP, pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai MAIWP serta anak syarikat milik MAIWP.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa bidang TVET sebagai antara pemacu utama pembangunan negara. TVET kini dilihat semakin penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa.

Beliau turut menekankan bahawa pendidikan TVET juga perlu bersifat inklusif, termasuk memberi peluang kepada golongan asnaf melalui institusi seperti IKB MAIWP. Pada masa sama, graduan disaran untuk terus menambah ilmu, meningkatkan kemahiran dan berani menceburi bidang keusahawanan.

Majlis ini turut mencerminkan usaha berterusan MAIWP dalam memperkasa pendidikan kemahiran serta melahirkan graduan yang bukan sahaja berkemahiran, tetapi juga berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

TOP