Seramai 18 keluarga mangsa banjir yang terkesan akibat bencana alam pada 16 Oktober lalu, menerima bantuan musibah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Bantuan tersebut disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Program Santuni Madani Kampung Angkat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kampung Bharu.
Antara bantuan yang diterima oleh mangsa; bantuan tunai MAIWP M1,000.00 setiap keluarga dan Bantuan Zakat Wakalah Tunai RM500.00 oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP.
Selain itu, mereka juga menerima keperluan barangan elektrik seperti periuk nasi, dapur gas, kipas, cerek elektrik, seterika, dan peralatan lain yang diperlukan bagi memudahkan kehidupan selepas pasca-banjir.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MAIWP dalam meringankan beban mangsa banjir dan membantu mereka untuk memulihkan keadaan selepas musibah tersebut.
Program tersebut turut dihadiri oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, ketua-ketua jabatan yang lain.
Dalam usaha menyantuni masyarakat, YB Menteri bersama rombongan turut berbasikal ke rumah-rumah asnaf yang terkesan bagi menyampaikan bantuan secara langsung.
Program pengisian Santuni Madani Kampung Angkat Kampung Bharu, YB Menteri, menyantuni 4 buah rumah dengan menyebutkan ketua keluarga:
Nora Abu Bakar Siddek
Lot 1086, Jalan Sultan Sulaiman, Kg. Periuk, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Norisah Abu Bakar Sidek
508-B, Jalan Sultan Sulaiman, Kg. Periuk, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Siti Norsiah Mashkor
No.5, Jalan Raja Muda Musa, Kg. Baru, Kuala Lumpur
Hamdan Jaapar
Blok B Tkt.1 No.30A, Flat PKNS Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Terima kasih pembayar zakat, MAIWP galas amanah yang diberikan sebaik mungkin.

