Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menghadiri Mesyuarat Penutup
Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2023 pada 9 Oktober 2024 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat
dipengerusikan oleh Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Hadir bersama Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV, Puan Febriana Ika Sari binti Mohd Jaafar, Timbalan Pengarah Audit Kewangan 1(II), Puan Aida binti Md. Rashid, Ketua Penolong Pengarah Audit dan pegawai-pegawai lain.
Hadir bagi pihak MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi; Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Ahli MAIWP;
Sahibus Samahah Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah
Persekutuan; Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif; Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Puan Nor Fadzilah binti Shafie; Pengurus Bahagian Kewangan &
Pelaburan dan pegawai-pegawai lain.
Selepas taklimat dan perbincangan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP.
















