Program CEO TALK: Realiti Miskin Bandar yang
diadakan di Auditorium Karangkraf,
Shah Alam, pada 13 Disember 2024, menjadi platform penting
dalam membincangkan isu kemiskinan bandar.
Program ini menampilkan Pemangku Ketua Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim bin Osman,
sebagai panel utama.
Diskusi
ini mengupas pelbagai aspek kritikal mengenai kemiskinan bandar, termasuk persoalan mengenai definisi dan penilaian golongan miskin bandar.
Salah
satu tumpuan utama perbincangan adalah bagaimana mendefinisikan kemiskinan di
kawasan bandar yang sering kali berbeza dengan kemiskinan luar bandar serta
pendekatan yang lebih menyeluruh dalam mengenal pasti dan menangani isu ini.
CEO TALK ini berfungsi sebagai platform penting untuk memperkukuh pendekatan strategik bagi menangani
kemiskinan bandar secara holistik.
MAIWP
dan PPZ-MAIWP terus berkomitmen untuk memastikan bantuan zakat yang disalurkan
bukan sahaja bertujuan untuk meringankan
beban tetapi juga berperanan sebagai pemangkin kepada perubahan hidup
penerima agar mereka dapat keluar daripada kemiskinan dan mencapai kestabilan
ekonomi.
Perbincangan ini turut memberi penekanan kepada usaha kolaborasi antara agensi-agensi yang terlibat untuk meningkatkan keberkesanan bantuan dan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima sokongan yang sewajarnya.








