Keceriaan jelas terpancar pada wajah anak yatim dan
fakir miskin apabila menerima RM300.00 setiap seorang dan diberi peluang
memilih sendiri baju raya yang akan disarungkan pada Aidilfitri ini.
YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer
ketika berucap merasmikan Program Rahmah Ramadan Maiwp : Sumbangan Pakaian Dan
Keperluan Raya berkata, inisiatif ini dilaksanakan di ketiga-tiga
Wilayah-Wilayah Persekutuan (WP) iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
dengan jumlah peruntukkan RM75,000 00 dan agihan sumbangan adalah seperti
berikut :-
a) Asnaf Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
melibatkan 100 orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM30,000.00.
b) Asnaf Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan 100
orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM30,000.00
c) Asnaf Wilayah Persekutuan Putrajaya melibatkan
50 orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM15,000.00
Hadir bersama Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada semua para
pembayar zakat kerana diberi kepercayaan untuk menjadi pengantara untuk
mengagihkan zakat yang dibayar. Tanpa ada komitmen para pembayar zakat, sudah
tentu program bantuan seperti ini tidak dapat dilaksanakan secara optimum,
maksimum dan menyeluruh.




