PROGRAM LAWATAN SUBUR IMAN ASNAF

 

Program Lawatan Subur Iman Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada seramai 34 asnaf penerima Bantuan Kewangan Bulanan di Pusat Pendidikan Al-Barakah dan Masjid Muhammadiah - Masjid Cina, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, anjuran Unit Kerohanian, Bahagian Pembangunan Asnaf yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Fattah Bin Abdul Rahman.

Lawatan dua hari semalam, diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan asas agama dalam kehidupan dan membantu asnaf mencapai potensi terbaik melalui pemahaman dan amalannya.

Asnaf dibawa ke Pusat Pendidikan Al-Barakah dan mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias.

Selepas dari Al-Barakah, rombongan dibawa ke Masjid Muhammadiah - Masjid Cina, untuk sesi ramah mesra bersama Jawatankuasa masjid dan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Program lawatan disambut oleh Dato’ Dr. Haji Fadzli Cheah bin Abdullah, Pengerusi Masjid Muhammadiah dan Ustaz Amirudin bin Osman, Pengurus Unit Pemerkasaan Asnaf MAIPk.

Mereka diberi taklimat tentang sejarah penubuhan masjid dan mengenai kaedah dakwah komuniti yang dilaksanakan.

Rombongan juga berkongsi pengalaman dengan dua Ikon Asnaf MAIPk yang berjaya menjalankan perniagaan kulinari dan terapi refleksologi.

Semoga program ini menyuburkan budaya ilmu, menambah kefahaman agama dan memberikan semangat buat asnaf.


TOP