KUNJUNGAN HORMAT K2S


Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer bersama Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP telah menyambut kunjungan hormat dari pihak Pertubuhan Kumpulan Sokongan Komuniti Sejahtera (K2S) di Menara MAIWP.

Pertemuan tersebut berkisarkan tentang peluang kerjasama dalam mempromosi dan memberikan perkhidmatan fisioterapi kepada golongan asnaf yang mempunyai masalah kecederaan anggota badan dan memerlukan rawatan susulan di Wilayah Persekutuan.

Semoga pertemuan ini akan menumbuhkan peluang dan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan perkhidmatan tersebut.


TOP