Pada hari ini 24 Oktober 2024 (Khamis), seramai 30 pegawai
daripada pelbagai cawangan daerah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang (MUIP) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Rombongan tersebut diketuai oleh Ustaz Mohd Khairuddin bin
Husin.
Pertemuan ini dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Talmizi bin
Yahaya, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ustaz Ahmad
Saifuddin bin Hj Md Tahir @ Twahir, Puan Noor Fadzilah binti Shafie, Puan Nor
Azlina binti Mohamad Salleh, Encik Affandey bin Yaakub, dan Puan Sutera Manis
binti Zamzam.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan tentang
pengoperasian MAIWP, serta berkongsi pandangan mengenai agihan dan aktiviti
zakat yang dilaksanakan.
Selain itu,
lawatan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua
agensi dalam usaha memajukan urusan zakat dan meningkatkan kesejahteraan
masyarakat.

