Majlis pelancaran pelekat korporat
Myschoolbus@Wilayah telah diadakan pada hari ini di Dewan Perdana Mestika,
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Yaacob Latif
Kuala Lumpur.
Tujuan program Myschoolbus@Wilayah ini dilaksanakan
bagi membantu golongan asnaf dan B40 khususnya yang berada di PPR/ PA disekitar
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan anak-anak mereka pergi
dan balik sekolah.
Selain itu, tujuan program ini dilaksanakan bagi
meningkatkan peratusan anak-anak di sekitar PPR/ PA untuk hadir ke sekolah
tanpa alasan.
Program ini mensasarkan seramai 10,000 orang
pelajar yang akan menggunakan perkhidmatan bas percuma setiap bulan yang
ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP dan DBKL.
MAIWP telah membelanjakan sebanyak RM4,800,000.00
daripada wang kutipan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan disalurkan
kepada DBKL bagi menampung seramai 4,000 orang pelajar di mana kos bagi seorang
murid adalah RM100.00.
Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh YBhg.
Datuk Sr Haji Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg.
Dato’ Indera Noridah Bt Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah
Persekutuan.
Selain itu, majlis pelancaran ini turut dirasmikan
oleh YB Dr. Zaliha Bt Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah
Persekutuan).
Dalam petikan ucapan YB Menteri juga menzahirkan
rasa bersyukur dan berterima kasih kepada MAIWP atas bantuan yang diberikan
kepada golongan yang memerlukan.
MAIWP telah melaksanakan amanah pembayar zakat.
Didoakan semoga pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat mendapat ganjaran daripada Allah SWT.




