Catatan YB Menteri. Program petang:
Selepas acara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), saya mengambil kesempatan menziarahi Saudara Ebby Yus yang ketika ini keuzuran dengan ujian sakit.
Saudara Ebby Yus, atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid.
Saya turut merasai kesedihan dan kesulitan yang sedang dialami oleh beliau.
Ujian
ini adalah tanda Allah SWT sayang kepada kita.
Dalam surah Al-Baqarah
ayat 155, Allah SWT berfirman:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Benar ujian ini berat.
Hanya yang memikul ujian ini memahaminya.
Tapi Allah SWT janji, sepanjang kita hamba-Nya bersabar dan berikhtiar mencari rawatan untuk sembuh, semua itu akan dinilai sebagai amal soleh yang berpahala.
Saya dan TV Alhijrah menawarkan peluang kepada Ebby Yus untuk muncul dalam program TV Al-Hijrah termasuk Podcast TV Alhijrah.
Perinciannya nanti Encik Namanzee CEO TV Alhijrah akan susuli.
Semoga ini akan dapat sedikit sebanyak membantu Ebby Yus.
Pada
masa sama, peminat-peminat Ebby Yus memang menunggu kemunculan Ebby Yus di TV.
Lawak
jenaka Ebby Yus selalu terselit motivasi dan pengajaran yang boleh dihayati
oleh penonton.
Pada
masa sama, agensi-agensi di bawah saya seperti MAIWP akan juga membantu untuk
meringankan beban Ebby Yus.
Marilah bersama-sama kita berdoa agar beliau segera sembuh. Semoga bertabah dengan ujian ini.
Sumber: FB Dato' Setia Dr. Naim
-----------------
MAIWP Santuni Ebby Yus bersama YB Menteri
Pelawak terkenal, Ebby
Yus, kini berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit buah
pinggang, jantung, dan diabetes.
Hari ini, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), telah mengunjungi rumah Ebby Yus di Chow Kit, Kuala Lumpur, untuk memberikan sokongan moral.
Setibanya di kediaman tersebut, rombongan disambut dengan mesra oleh Ebby Yus, yang kini tinggal bersama adiknya yang juga sedang sakit, serta seorang rakan dan pembantu yang membantu beliau menjalani rawatan cuci air (ACPD).
MAIWP sebelum ini
telah menyantuni Ebby Yus melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan dan Skim
Bantuan Makanan Asasi.
Dengan bantuan zakat yang diberikan, diharapkan Ebby Yus dan keluarganya diberi kekuatan dan kesembuhan, serta usaha ini dapat terus memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Sebagai rekod, Ebby Yus pemegang Ijazah Kehormat Persilatan Sedunia; Ijazah Doktor Persilatan (Honorary Doctorate of Martial Art) yang diterima daripada Akademi Persilatan Sedunia.
Sumber: FB MAIWP









