OPSYEN SSPA: PENJAWAT MAIWP TERIMA KEBAIKAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, telah menetapkan tarikh menandatangani borang persetujuan Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diadakan pada pagi ini.

Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, melahirkan kesyukuran kerana 382 pegawai menandatangani menerima dengan teratur.

“Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) untuk penambahbaikan kepada penjawat awam.

“Kenaikan gaji Disember 2024 sebanyak 8 peratus daripada gaji pokok akan dibayar setelah semua pegawai menandatangani sebelum tempoh akhir pada 15 November 2024.

“Kemudahan-kemudahan penjawat awam tidak terpakai kepada mereka yang tidak memilih SSPA.

“Pada Januari 2026 pelarasan gaji pokok naik lagi sebanyak 7 peratus,” ujar beliau.

Datuk PKPE memaklumkan bahawa persetujuan pegawai-pegawai MAIWP adalah untuk kebaikan.

Beliau juga menekankan supaya pegawai-pegawai ikut arahan pengurusan seperti yang telah dimaklumkan melalui surat pemakluman kepada semua, kerana ia melibatkan kredibiliti dan ketokohan pegawai, jika perkara yang ringkas dan ringan tak boleh diurus dengan baik bagaimana hendak mengurus RM1.6 bilion atau lebih lagi: 

Berpakaian kemas yang telah ditentukan.

Memakai tanda nama seperti yang dimaklumkan.

Memakai tie tali leher.

Tidak memakai kopiah putih.

Terdahulu, perjumpaan tersebut dimulai dengan lagu Negarku, Lagu MAIWP: Berbakti Berjasa, Ikrar Rukun Negara, doa dan taklimat SSPA.

TOP