Seruan untuk Meramaikan Program 2 Tahun Kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024
Pemangku Ketua
Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd
Nizam bin Haji Yahya, mengajak semua pegawai MAIWP untuk hadir dan meramaikan
program sempena dua tahun pemerintahan Kerajaan MADANI serta Konvensyen
Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024.
Beliau
menyampaikan seruan tersebut semasa Perhimpunan Bulanan MAIWP yang diadakan di
aras 10 pada pagi 21 November 2021.
“Pada 24 November
2024, genap dua (2) tahun Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
”Kerangka Gagasan
MADANI yang bersepadu dan holistik ini bertunjangkan dasar-dasar yang
berorientasikan masa depan, dengan matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat
MADANI yang inklusif dan progresif,” ujar beliau
Sehubungan itu,
beliau mengajak semua warga MAIWP untuk menyertai program besar yang akan
berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 22 hingga 24 November 2024.
Program ini
bertujuan untuk meraikan pencapaian Kerajaan MADANI dan menggariskan
langkah-langkah reformasi dalam perkhidmatan awam negara.
Pemantauan
Penutupan Akaun 2024
Dalam perhimpunan
yang sama, Datuk Mohd Nizam turut menekankan kepentingan pematuhan terhadap
tarikh-tarikh penting dalam peraturan penutupan akaun 2024.
Beliau
mengingatkan pegawai MAIWP untuk memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan
sempurna, termasuk tarikh akhir Permohonan Pesanan Tempatan yang perlu
diselesaikan pada akhir bulan ini.
"Pastikan
kita mematuhi Peraturan Penutupan Akaun Tahun 2024 yang telah ditetapkan bagi
mengelakkan sebarang tindakan seperti dikenakan AP 58 dan AP 59," ujar beliau.
Selain itu,
beliau turut mengingatkan bahawa tahun 2024 hanya tinggal 41 hari sahaja
sebelum memasuki tahun 2025.
Pegawai Baru MAIWP
1. Nur Iffah Binti
Zulhairi - UKK
2. Fatin Izzati Binti
Ismail - BKP
3. Siti Nur Adawiah
Binti Abd Wahid - BPPH
4. Muhammad Azad Bin
Abdul Aziz - BPSM
5. Muhammad Yaslam Bin
Yauzi - BPSM
6. Ahmad Shazril Amri
Bin Mohammad Shiham - BPSM
Anugerah
Perkhidmatan Berprestasi Bulanan
Pada perhimpunan
tersebut juga diumumkan penerima Anugerah Perkhidmatan Berprestasi Bulanan bagi
bulan September 2024, yang disampaikan kepada tiga pegawai yang menunjukkan
prestasi cemerlang dalam tugas, mereka yang terpilih adalah:
1. Khairunnisak Binti Ismail -BAZ
2. Norul Azwa Binti Wahab - BPA
3. Sulaiha Binti Ahmad - BPA
Aktiviti Sukan
MAIWP
Datuk
Mohd Nizam juga mengumumkan kejayaan pasukan MAIWP dalam beberapa acara sukan.
Kelab Dart MAIWP
telah berjaya meraih Naib Johan dalam Kejohanan Dart 3 Sepasukan Piala YDP
Majlis Daerah Setiu, Terengganu, yang diadakan pada 1-2 November 2024.
Sementara itu, MAIWP
Fit Challenge 3.0 anjuran Badan Kebajikan Pekhidmat MAIWP telah berlangsung
dengan jayanya pada 6-12 Oktober 2024.
Sebanyak lima acara sukan dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Tampar, Dart, Bola Jaring, dan Karom, yang disertai oleh enam pasukan; Jaguar, Leopard, Panther, Lions, Cheetah dan Tigers, dari pelbagai bahagian di MAIWP.
Taklimat PPIBZW
Sebelum ucapan
oleh Datuk Mohd Nizam, satu taklimat mengenai PPIBZW: Piawaian Perakaunan
Islam Baitulmal, Zakat, dan Wakaf telah disampaikan oleh Puan Wan Suhana
binti Wan Mohd Safiain, Timbalan Pengurus II Bahagian Kewangan dan Pelaburan.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan lebih lanjut kepada pegawai mengenai standard perakaunan yang digunakan dalam pengurusan zakat dan wakaf di MAIWP.

















