PYT Roza Otunbayeva, Wakil Khas Ketua Setiausaha kepada Afghanistan dan Ketua Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA), telah melaksanakan lawatan kerja ke Pondok Moden Al-'Abaqirah, MAIWP.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif beliau sempena lawatan kerja ke Malaysia.
Fokus perbincangan adalah mengenai isu-isu semasa berkaitan Afghanistan serta penerokaan pendekatan pendidikan yang menggabungkan kurikulum STEM, agama, dan tahfiz.
PYT Roza Otunbayeva turut menyatakan minat mendalam terhadap sistem pendidikan PMA yang berjaya mengintegrasikan pendidikan sosial dan agama dalam menghasilkan generasi yang holistik dan seimbang.
Kunjungan ini mencerminkan kepercayaan terhadap sistem pendidikan Islam Malaysia yang dinamik dan menjadi wadah perbincangan yang bermanfaat untuk semua pihak.












