Tiada kata yang mampu diluahkan selain
senyuman, sebagai tanda terima kasih kepada keperihatinan Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menyantuni mereka dalam program turun padang
pasca banjir.
Program bagi siri ke-3 diadakan dengan
kerjasama Skuad Cuci-Cuci MAIWP bersama dengan syarikat-syarikat di bawah
naungannya, iaitu PPZ, Yayasan Taqwa, UCMI dan KPBKL.
Program bermakna ini bukan sahaja
membawa harapan baru, tetapi juga memberi sinar di kala penderitaan, membantu
mereka yang terkesan untuk kembali bangkit dengan semangat yang lebih positif.
#MAIWP #PelanAlFalah #MalaysiaMadani










