SEMARAK RAMADAN BERSAMA RAKAN MUDA

Alhamdulillah pada harini Darul Kifayah MAIWP diserikan lagi dengan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026.

Pelbagai aktiviti menarik seperti khatam Al-Quran, pertandingan, kuiz Ramadan serta gotong-royong memasak Bubur Lambuk telah berjaya menarik minat golongan remaja untuk mengisi masa dengan perkara bermanfaat.

Selain itu, peserta turut menunaikan solat berjemaah serta mengeratkan ukhuwah melalui aktiviti sepanjang hari. Program ini secara tidak langsung membentuk jati diri remaja yang aktif, berdisiplin dan bersemangat dalam menghayati bulan Ramadan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh  YBrs. En. Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Menurut beliau, program ini diadakan setiap tahun, dan pada kali ini Darul Kifayah MAIWP merupakan institusi yang terpilih. 

Turut hadir, YBrs.  Ustaz Mohd Hasnizan bin Hasin, Pengetua Darul Kifayah bersama timbalannya, YBrs. Ustaz Kamarunnizam bin Sahimi.

Kemuncak program ialah Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan.

Semoga program seperti ini terus memberi manfaat, menyemarakkan semangat Ramadan serta melahirkan generasi remaja yang berakhlak, berilmu dan berdaya saing.

TOP