Pada
Kongres Social Synergy 2024 anjuran PERKESO pada 8-9 Oktober 2024 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, MAIWP diumumkan
sebagai Johan Pembentang Terbaik Agensi
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah dinobatkan sebagai Johan Pembentang Terbaik agensi sempena Kongres Social Synergy 2024 anjuran PERKESO di sini.
Melalui tajuk: ’Inovasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam Pengagihan Dana Zakat’ yang dibentangkan oleh Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya.
Kongres Social Synergy 2024 dirasmikan penutupannya oleh Dato’ Sri Subahan Kamal, Pengerusi PERKESO.
Kongres juga berkenaan memberi anugerah pengiktirafan kepada agensi-agensi yang telah memberikan sumbangan menjayakan Program Social Synergy yang dikendalikan oleh PERKESO.
Antara penerima anugerah sempena Kongres Social Synergy 2024, untuk Program Social Synergy, ada beberapa kategori; Anugerah Reruai terbaik, Anugerah Pembentang Terbaik, Anugerah Projek Terbaik dan empat Anugerah Utama Agensi, iaitu; Agensi Responsif, Agensi Supportif, Agensi Proaktif dan Agensi Terbaik.
Anugerah Reruai Terbaik Kongres Social Synergy 2024:
Yayasan Magfirah
Yayasan Pembangunan Yayasan Darul
Takzim
Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK)
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
Anugerah Pembentang Terbaik Kongres Social Synergy 2024:
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Pahang
Anugerah Projek Terbaik Kongres Social Synergy 2024:
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Giat MARA Malaysia
Zakat Pulau Pinang
Anugerah Utama Agensi Kongres Social Synergy 2024:
Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia
Agensi
Supportif
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Agensi
Proaktif
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Agensi
Terbaik
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Kongress Social Synergy 2024 turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama dan Kolaborasi (MoC) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).








