Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Kajian Dasar IKRAM (KADRI) baru-baru ini
mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP), yang diketuai oleh Presiden IKRAM, Tuan Haji Badlishah Sham bin
Baharin, bersama pengurusan tertinggi pertubuhan tersebut.
Kehadiran rombongan IKRAM disambut mesra oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Haji
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, bersama pengurusan tertinggi MAIWP.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak mengadakan sesi pengenalan dan
bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif.
IKRAM, yang berpegang kepada misi untuk menyumbang kepada pembangunan
masyarakat dan negara yang aman, makmur, sejahtera dan diberkati, melihat MAIWP
sebagai rakan strategik dalam usaha memajukan kesejahteraan umat Islam di
Wilayah Persekutuan.
Kunjungan ini diharapkan dapat membuka ruang untuk kerjasama yang lebih
erat antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh usaha-usaha kebajikan dan
pembangunan sosial.





