HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2025

Tahniah kepada semua warga kerja MAIWP atas kejayaan dalam Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM 2025. Tahun ini menyaksikan sebanyak 47 kumpulan menyertai pertandingan Inovasi dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat JPM. MAIWP berjaya meraih empat (4) anugerah pada majlis berprestij tersebut.

Antara kejayaan yang diraih adalah penganugerahan Sijil Replikasi kepada dua kumpulan MAIWP iaitu kumpulan V-Cross melalui projek Sistem Semak Silang Pertindihan Bantuan Asnaf dan kumpulan Thinkers melalui projek Pembekalan Pakaian Murid yang Kurang Efisien. 

Selain itu, kumpulan V-Cross turut dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Kategori Penyampaian Perkhidmatan Penambahbaikan, manakala kumpulan G2HuB meraih Naib Johan bagi Kategori Penyampaian Perkhidmatan Penciptaan menerusi projek Penggunaan Tanah yang Tidak Optimum di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kejayaan ini membuktikan komitmen dan semangat inovatif warga MAIWP dalam memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan serta mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. 

Syabas dan tahniah kepada semua ahli kumpulan atas dedikasi dan usaha yang membanggakan.

TOP