KUNJUNGAN HORMAT DAN MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA JBG DAN MAIWP


Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini telah menandatangani Nota Kerjasama yang bertujuan untuk menambahbaik dan memperluas skop bantuan guaman sedia ada.

Sebelum ini, bantuan yang disalurkan hanya terhad kepada kes-kes syariah, namun dengan kerjasama ini, bantuan kini akan merangkumi kes-kes sivil juga, membuka peluang yang lebih luas bagi penerima yang layak.

Dalam usaha untuk memaksimumkan keberkesanan bantuan yang disalurkan, JBG merancang untuk mentransformasikan saluran bantuan secara global, menyediakan khidmat bantuan guaman bagi kes-kes yang pelbagai.

Kerjasama ini juga merangkumi khidmat pengantaraan serta pendampingan guaman, tertakluk kepada cadangan pindaan Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26) yang dijangka dibentangkan pada tahun hadapan.

JBG dan MAIWP telah dimulakan kerjasama pada 20 Disember 2018, dan sepanjang tempoh ini, MAIWP telah menyumbang sebanyak RM615,000.00 untuk membantu asnaf mendapatkan bantuan guaman yang mereka perlukan.

Sebagai sebahagian daripada langkah pemantauan, MAIWP akan terus memantau Laporan Status Kes dan Laporan Perbelanjaan secara berkala untuk memastikan setiap asnaf menerima perkhidmatan guaman yang terbaik dan tepat melalui JBG.

Kerjasama ini adalah langkah positif dalam memperkukuh sistem sokongan guaman untuk mereka yang memerlukan terutama golongan asnaf dalam mendapatkan keadilan dan perlindungan yang sewajarnya.

TOP