RM1.85 JUTA UNTUK HOSPITAL WILAYAH PERSEKUTUAN

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan bagi membantu pesakit. 

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu pesakit dalam aspek pembayaran bil rawatan, kos ubatan, serta keperluan lain yang berkaitan.

Bantuan khas, sebuah Coaster Bus turut disalurkan kepada Hospital Kuala Lumpur bernilai RM229,000 bagi kegunaan pesakit dan waris.

BIL

AGENSI

JUMLAH KELULUSAN

(RM)

1.

  Hospital Kuala Lumpur (HKL)

300,000.00

2.

  Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

300,000.00

3.

  Yayasan Institut Jantung Negara (IJN Foundation)

300,000.00

4.

  Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

200,000.00

5.

  Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah   Rohani,   

  Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK)

200,000.00

6.

  Hospital Tunku Azizah (HTA)

100,000.00

7.

  Hospital Putrajaya (HPJ)

100,000.00

8.

  Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT  TM)

50,000.00

9.

  Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)

50,000.00

10.

  Hospital Labuan (HL)

50,000.00

11.

  Majlis Kanser Negara (MAKNA)

50,000.00

12.

  Yayasan Kanser Malaysia (YKM)

50,000.00

13.

  Institut Kanser Negara (IKN)

50,000.00

14.

  Klinik Kesihatan Zon Tengah

50,000.00

                 JUMLAH KESELURUHAN

1,850,000.00     


Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan kepada Pusat Perubatan dan Hospital Wilayah Persekutuan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Tunku Azizah Kuala Lumpur.

MAIWP turut jalin kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Bakti Kasih Malaysia (PKBKM) bagi menyalurkan sumbangan makanan berbuka puasa kepada 10,000 petugas barisan hadapan di hospital terpilih dengan peruntukan RM200,000.


TOP