MAIWP SALUR RM900,000 UNTUK NAIK TARAF KEMUDAHAN AWAM DAN PENDIDIKAN DI KAMPUNG BHARU


YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), hari ini merasmikan Majlis Pengisian Santuni MADANI Kampung Angkat di Masjid Jamek Kampung Bharu.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MAIWP untuk membantu golongan asnaf dan penduduk Kampung Bharu.

Sejak pelancaran program Kampung Angkat pada Julai 2024, pelbagai aktiviti telah dijalankan, termasuk agihan bakul makanan dan pemeriksaan kesihatan.

Kini, fokus utama MAIWP adalah untuk menaik taraf kemudahan awam dan pendidikan di Kampung Bharu dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM900,000.

Antara peruntukan yang disalurkan termasuklah:

  1. RM200,000 - Sekolah Kebangsaan Pendidikan Kampung Bharu
  2. RM100,000 - Masjid Jamek Kampung Bharu
  3. RM100,000 - Madrasah Rajaiyah
  4. RM100,000 - Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah
  5. RM100,000 - Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kampung Bharu
  6. RM100,000 - Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kampung Bharu
  7. RM100,000 - Sekolah Bimbingan Jalanan Kampung Bharu
  8. RM  50,000 - Surau Al-Hidayah Kampung Padang
  9. RM  30,000 - Surau Jalan Raja Bot
  10. RM  20,000 - Dewan Komuniti Kampung Paya

Antara projek utama yang menerima peruntukan termasuklah Dewan Komuniti Kampung Paya, Masjid Jamek Kampung Bharu, serta beberapa madrasah dan surau di sekitar kawasan Kampung Bharu.

Sekolah-sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas juga mendapat peruntukan untuk meningkatkan kemudahan pendidikan mereka.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, dan Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Dengan peruntukan ini, MAIWP berharap dapat terus memperkasakan komuniti Kampung Bharu, terutama dalam aspek pendidikan dan kemudahan awam untuk manfaat golongan asnaf dan penduduk setempat.

TOP