Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan untuk Ihya’ Ramadan 1446H/2025M kepada 915 buah masjid dan surau, termasuklah masjid-masjid terpilih dan kepada 32,296 asnaf di Wilayah Persekutuan dengan jumlah RM45,568,000.00.
Majlis penyampaian Bantuan Ihya' Ramadan Masjid dan Surau serta, penyerahan kad Tauliah Amil Zakat Fitrah 1446H/2025M disempurnakan oleh Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, di sini.
Turut hadir mengiringi YB Menteri, Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, dan Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
YB Senator dalam ucapannya berkata, bantuan Ihya' Ramadan 1446H/2025M diberikan bakal dimanfaatkan oleh 915 masjid dan surau:
i. Bantuan kepada 94 Masjid berjumlah RM2,820,000.00.
ii. Bantuan kepada 146 Surau Jumaat berjumlah RM3,650,000.00.
iii. Bantuan kepada 675 Surau berjumlah RM13,500,000.00.
Bersempana Ramadan 1446H/2025M, MAIWP mengumumkan kadar zakat fitrah dengan 3 kadar, iaitu; RM7, RM15, dan RM22 mengikut jenis beras yang dimakan.
Pembayaran zakat boleh dilakukan dengan mudah melalui kaunter PPZ-MAIWP, amil bertauliah dan perbankan dalam talian atau e-wallet.
Seperti tahun lalu, pada tahun
ini MAIWP mengambil langkah proaktif meluluskan Insentif Persediaan Ramadan kepada
32,296 asnaf dengan jumlah RM500 setiap penerima
bantuan sara hidup dengan jumlah RM16,148,000.00.
Bayaran telah dikreditkan ke akaun penerima semalam.
Disamping itu, MAIWP memberi imbuhan kepada Imam Ratib, Pembantu Bilal dan Noja di Masjid dan Surau Jumaat dinaikkan sebanyak RM200.00 berkuat kuasa Januari 2025.
MAIWP juga memperuntukkan RM9.45 juta untuk Program Iftar Rahmah Madani 2025 kepada masjid-masjid terpilih untuk penyediaan juadah berbuka puasa.
Dengan pelbagai inisiatif, MAIWP berusaha untuk memastikan masyarakat merasai Ihya’ Ramadan, terutama golongan yang memerlukan, dapat meraikan kemeriahan dan keberkatan Ramadan.
Sumber: FB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan












