KUNJUNGAN HORMAT TV ALHIJRAH


TV AlHijrah baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Delegasi TV AlHijrah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Namanzee Harris, disambut mesra oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah beberapa pegawai MAIWP, antaranya; Ustaz Ahmad Saifuddin bin Hj Md Tahir, Ustaz Affandey bin Yaakub, Ustazah Wan Maizatun binti Wan Hassan, dan Puan Sutera Manis binti Zamzam.

Selain Tuan Haji Namanzee, delegasi TV AlHijrah juga disertai oleh Tuan Saifulizan Sidek, Puan Nora Md Zainal, dan Puan Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah.

Kunjungan ini bertujuan membina kerjasama strategik antara kedua-dua pihak untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti MAIWP dan meningkatkan keterlihatan majlis tersebut, terutamanya dalam program-program yang berkaitan dengan asnaf serta kerjasama MAIWP bersama masyarakat secara amnya.

Dengan adanya kerjasama ini, diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara TV AlHijrah dan MAIWP, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

TOP