Para pengunjung disajikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan qasidah Nur Ahli Badar dan Ahbabusham, diserikan lagi dengan kehadiran dua pendakwah tersohor tanah air, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan Ustaz Zul Ramli M. Razali. Setiap bait selawat dan nasihat yang disampaikan menyuburkan jiwa serta menghidupkan kecintaan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Acara penuh barakah ini berlangsung di Pentas Utama, Pekarangan Dataran Putrajaya pada 5 Disember 2025.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bersama barisan pengurusan MAIWP, sebagai tanda sokongan kepada usaha memperkukuh kerohanian dan perpaduan dalam masyarakat.




