KUNJUNGAN HORMAT UMMET VAKFI KE MAIWP

MAIWP berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Ummet Vakfi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Wan Abdulaziz, Member of the Advisory Board, Ummet Vakfi.

Kehadiran delegasi ini telah disambut baik oleh pihak MAIWP yang diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Talmizi bin Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, dalam sesi perbincangan bagi meneroka ruang kerjasama strategik berkaitan inisiatif kemanusiaan dan pembangunan komuniti.

Pertemuan ini turut memberi tumpuan kepada perkongsian program berimpak tinggi seperti Qurbani/Udhiya serta komitmen jangka panjang di Al-Quds, Gaza, Tebing Barat, Syria dan Sudan demi memastikan bantuan yang disalurkan memberi manfaat yang lebih telus, berkesan dan bermakna kepada golongan yang memerlukan.

Semoga usaha ini menjadi langkah awal kepada kerjasama yang lebih kukuh dalam memperkasa agenda kemanusiaan ummah di peringkat antarabangsa.

TOP