Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyambut ketibaan kumpulan pertama seramai 21 pelajar dari Kemboja di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 2, pada malam Ahad, 19 Januari 2025.
Program tajaan
biasiswa ini dirangka khas untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dari
Kemboja melanjutkan pengajian dalam bidang Al-Quran dan Sunnah.
Kumpulan kedua
dijangka tiba pada 15 Februari 2025, melibatkan 29 pelajar lagi selepas
selesai urusan visa.
MAIWP telah
memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi membiayai keseluruhan kos pembelajaran
dan kebajikan 50 pelajar selama 30 bulan di Kolej Dar Al-Hikmah.
Peruntukan ini
merangkumi yuran pengajian, yuran asrama dan makan minum, kos visa EMGS, serta
elaun dan kos perjalanan, menjadikan jumlah keseluruhan bagi setiap pelajar
sebanyak RM40,000.
Program ini bukan
sahaja memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan pendidikan
berkualiti, tetapi juga memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Kemboja dalam
usaha memartabatkan pendidikan Islam di peringkat antarabangsa.
Kolej Dar Al-Hikmah dan MAIWP terus komited dalam menyokong pembangunan ilmu dan kebajikan masyarakat sejagat.











