PERBINCANGAN DENGAN CENTHRA

Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan hak asasi manusia di peringkat nasional serta memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.

Mesyuarat diketuai oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Turut hadir ialah Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Haji Azril bin Mohd Amin, Pengarah CENTHRA, Dr. Abdul Hamid bin Murad, serta ahli akademik CENTHRA, Dr. Atika Shahfinaz binti Nazri.

TOP