Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima kedatangan pelajar-pelajar Kemboja tajaannya bersama Pegawai Kolej Dar Al-Hikmah dan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) yang diketuai oleh Tuan Haji Shahran Kasim, Ketua Eksekutif Kolej Dar Al-Hikmah, di Ibu Pejabat Menara MAIWP.
Lawatan
mereka disambut oleh Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus Bahagian Agihan
Zakat MAIWP bersama pegawai-pegawai MAIWP.
Tujuan
lawatan sebagai silaturahim, berterima kasih dan menghargai peluang ditaja
belajar di Kolej Dar Hikmah di samping untuk memahami MAIWP dengan lebih dekat.
Sepanjang
tempoh enam minggu berada di negara ini, mereka berkongsi tentang aktiviti dan
pengalaman dengan Ustaz Ahmad Talmizi dan sidang perbincangan.
Mereka
akan mengikuti pengajian di Kolej Dar
Al-Hikmah selama 2 tahun 4 bulan dalam pelbagai bidang pengajian.
Semoga lawatan tersebut bermanfaat dan memperkukuhkan ukhwah dengan pegawai MAIWP.









