Catatan ziarah YB Menteri di PPR Perkasa. Program pagi:
Surau Babul Khairat dan aktiviti ahli
Usai
ziarah ketiga-tiga rumah asnaf MAIWP saya berkesempatan melihat Surau Babul
Khairat di tepi PPR Perkasa.
Surau
ini merupakan sebahagian dari Madrasah Babul Khairat.
Semoga Surau ini terus menjadi pusat ilmu yang mendidik masyarakat selain menyatupadukan komuniti dengan nilai rahmah dan kasih sayang.
Ziarah Ketiga
3) Konvoi Ziarah Asnaf diteruskan ke rumah Puan Zanariah Binti Hashim (53 tahun).
Puan Zanariah merupakan seorang balu yang menanggung seorang adik OKU dan anak yang menghidap kanser otak.
Puan Zanariah tidak bekerja kerana perlu fokus menjaga adik dan anaknya di rumah.
Puan Zanariah
hanya berharap dari pemberian 2 orang anaknya yang telah bekerja sebanyak RM400
sebulan.
Puan Zanariah menerima
bantuan dari MAIWP berupa Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Keperluan Asasi,
Bantuan Menyelesaikan Hutang Bil TNB berjumlah RM800 sebulan.
Saya turut
mencadangkan Puan Zanariah diberikan bantuan lain dan MAIWP sebagai agensi yang
bertanggungjawab menjaga kebajikan asnaf akan menilai dan mencadangkan bantuan
yang sepatutnya.
Moga Allah permudah urusan Puan Zanariah sekeluarga.
Ziarah Kedua
2) Rumah kedua yang saya ziarah ialah rumah Encik Adnan Bin Ahmad (69
tahun) bersama isterinya Puan Khatijah Binti Mohamed (60 tahun).
Encik Adnan merupakan
seorang bekas chef di First World Hotel Genting Highland pada tahun 90an -
2011, namun sekarang beliau tidak bekerja kerana masalah kesihatan yang kronik
iaitu darah tinggi, kencing manis, dan stroke sebelah kanan badan. Isterinya juga
tidak bekerja kerana menjaga Encik Adnan.
Perbelanjaan bulanan sebanyak RM500 adalah dari pemberian dua anaknya.
Encik Adnan menerima Bantuan
Kewangan Bulanan, Bantuan Keperluan Asasi, Bantuan Perubatan Am dan Bantuan
Peralatan Kesihatan dari MAIWP berjumlah RM1,434.00 sebulan.
Saya menyampaikan
bantuan kit jejak asnaf serta wang tunai RM500 yang merupakan wakalah PPZ.
Moga Allah berikan keafiatan kepada Encik Adnan.
Ziarah Pertama
1) Rumah pertama yang saya ziarah ialah rumah Puan Sharifah Safina Binti
Syed Isa (50 tahun).
Puan Sharifah mempunyai 6 orang anak.
3 anaknya telah berkahwin dan 3 anaknya lagi duduk bersamanya namun
Puan Sharifah masih menanggung 2 orang anak lagi.
Anak
bongsunya 9 tahun merupakan OKU autisme dan bersekolah Pendidikan Khas di Taman
Maluri.
Puan Sharifah menghidap
penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.
Pendapatan Puan Sharifah pula
anggaran RM300 sebulan hasil berniaga kuih muih di bawah blok kediamannya.
Saya telah menyerahkan
bantuan kit jejak asnaf serta wang tunai RM500 yang merupakan wakalah PPZ.
Saya doakan moga Puan
Sharifah diberi keafiatan dalam membesarkan anak-anak.






















