Usahawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Encik Rosman bin Ariffin diiktiraf sebagai ikon asnaf di peringkat Kebangsaan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, di sini.
Ketika Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan Tahun 2024 anjuran Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR), bertemakan ’Zakat Melestari Ekonomi Madani’, YB Menteri, di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, telah menyampaikan anugerah tersebut.
Allamdullilah, melalui
bantuan perniagaan MAIWP yang diterima, beliau menjalankan perniagaan makanan melalui
‘foodtruck’ dan kini mampu menjana jualan lebih satu juta setahun.
Encik Rosman juga tidak
lupa menyumbang semula kepada masyarakat Islam dimana beliau membuka peluang
pekerja kepada asnaf di kawasan
berdekatan.
Beliau mula membayar zakat sejak tahun 2022.
Tahniah kepada Encik Rosman Ariffin kerana diangkat sebagai Ikon Asnaf (Usahawan) sempena Majlis Sambutan Bulan Zakat kebangsaan Tahun 2024.
Selain Rosman, beberapa penerima anugerah yang dipertandingkan dalam enam kategori, Anugerah Zakat Kebangsaan 2024:
ROSMAN BIN
ARIFFIN
Kateghori Ikon Asnaf (Usahawan)
LADANG RAKYAT TRENGGANU SDN BHD
Kategori Syarikat Sendiri Berhad
CO-OPBANK PERTAMA
Kategori Syarikat Awam Berhad
PERBADANAN
TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
Kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan
LEMBAGA ZAKAT
NEGERI KEDAH
Kategori Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan)
MAJLIS AGAMA ISLAM
DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Kategori Inovasi Zakat Terbaik (Agihan)
Di samping itu penyampaian
sijil penghargaan juga diberikan kepada Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi pemungut
zakat negeri:
Majlis Agama
Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Majlis agama Islam Melaka (MAIM)
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
Lembaga Zakat
Negeri Kedah Darul Aman (LZNK)
Zakat Melaka
Zakat Pulau
pinang
Pusat Punggutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
Lembaga Zakat
Selangor ( LZS MAIS)
Pusat Kutipan Zakat Pahang









