SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1447H/ 2025M

Serdang, 5 September 2025 – Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat kebangsaan bagi tahun 1447H / 2025M berlangsung penuh meriah di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) hari ini.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang terbaik” (Surah Al-Ahzab: 21), majlis ini disemarakkan dengan alunan selawat serta semangat ukhwah dalam mengenang perjuangan Rasulullah SAW dan menghayati sunnah Baginda.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut menyertai perarakan sambutan kali ini dengan menghantar kontingen khas. Antara yang hadir mewakili MAIWP ialah Pengerusi, YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Hj Yahya; serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Encik Mohd Fauzi bin Abidin bersama pegawai-pegawai kanan MAIWP.

Sambutan kali ini bukan sahaja memperlihatkan rasa kesyukuran umat Islam, malah menjadi wadah memperkukuh ikatan persaudaraan sebagai satu ummah.

TOP