MISI SKUAD MUSAADAH AL-FALAH MADANI


Skuad Musaadah Al-Falah MADANI telah melaksanakan misi bantuan banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di dua daerah utama, Tumpat dan Rantau Panjang, Kelantan, bermula dari 4 hingga 6 Disember 2024.

Misi ini diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama 13 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta sokongan daripada NGO MAPIM.

Sepanjang misi ini, Skuad Musaadah Al-Falah MADANI telah menyampaikan pelbagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, termasuk barangan keperluan harian, bekalan makanan dan minuman, barangan mainan untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, dan sesi kaunseling trauma.

Semua bantuan ini disampaikan dengan harapan dapat meringankan beban dan memberi sokongan kepada mangsa yang terjejas.

Aktiviti utama misi ini dijalankan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tumpat dan Rantau Panjang, serta lawatan ke tiga buah kampung di daerah Rantau Panjang iaitu Kampung Bukit Tandak, Kampung Gual Tualang, dan Kampung Rahmat.

Di sana, Skuad Musaadah turut memberi bantuan langsung kepada penduduk yang terjejas dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan dan sesi kaunseling untuk membantu mangsa banjir mengatasi trauma.

Dengan adanya misi ini, diharap dapat memberikan sinar harapan kepada mangsa banjir, selain mengukuhkan semangat solidariti dalam masyarakat.

TOP