SELAMAT HARI PAHLAWAN


Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun di negara kita.

Ia sebagai memperingati jasa anggota bersenjata yang berbakti pada negara tercinta, Malaysia, sama ada  semasa zaman penjajahan, zaman darurat, pasca-kemerdekaan dan sehingga kini.

Kebiasaanya pada malam sambutan Hari Pahlawan, akan diadakan majlis doa selamat memohon keberkatan kepada Allah SWT supaya negara kita dan semua penduduknya senentiasa di bawah naungan-Nya.  

Masjid, surau Jumaat dan surau madrasah akan mengadakan majlis kerohanian seperti bacaan doa selamat dan tahlil, bacaan Yasin dan perjumpaan kekeluargaan  bagi meraikan sambutan Hari Pahlawan ini.

Kebiasaannya yang akan memeriahkan sambutan Hari Pahlawan oleh Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Kabinet, ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Laut, darat dan udara, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat jelata.


Sila baca juga berkaitan Hari Pahlawan di: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pahlawan

TOP