RM59 JUTA DIPERUNTUKKAN DEMI KESEJAHTERAAN ASNAF

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terus unggul dalam memperkasakan ummah menerusi Majlis Ramah Mesra Bersama NGO & Rakan Strategik 1446H/2025M, yang telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Lebih 50 NGO diraikan sebagai tunjang utama dalam menyantuni kebajikan golongan asnaf. Tahun ini, sejumlah RM59.35 juta diperuntukkan bagi memperluas kerjasama strategik bersama NGO sebagai satu langkah holistik bagi memastikan agihan zakat dilaksanakan secara menyeluruh, efisien dan penuh empati.

Komitmen ini memperkukuh iltizam MAIWP dalam memperjuangkan kesejahteraan masyarakat menerusi enam kluster utama terdiri daripada kebajikan, perlindungan, ekonomi, perubatan, pendidikan dan pembangunan ummah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, YB Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bin Rawa, Pengerusi Akademi Nunji Berhad dan YB Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM KEBANGSAAN).

TOP