Jalinan strategik antara Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) senentiasa
mengakar padu.
Bagi memastikan pengukuhan tersebut terus terbaik berkaitan isu-isu
semasa dan perkara-perkara berbangkit yang memerlukan tindakan segera untuk
kemaslahatan pelajar-pelajar asnaf khasnya dan masyarakat amnya.
Suatu delegasi MAIWP diketuai oleh Pemangku Ketua Pegawai
Eksekutif, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya dengan diiringi oleh pegawai-pegawai
kanan; Ir. Abd Karim bin Mohamed @ Ismail, Ahmad Talmizi bin Yahaya, Affandey Yaakub, Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir, Sutera Manis binti Zamzam, Arfizal bin Anuar dan Noor Jamimah binti Ahmad, mengadakan kunjungan hormat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Azman bin
Haji Adnan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian turut meraihkan kehadiran
rombongan MAIWP.
Beberapa inisiatif dan kerjasama strategik antara MAIWP
dengan KPM dibangkitkan dalam memberikan prasarana pendidikan dan motivasi yang kondusif kepada anak-anak
asnaf.
Ia juga bagi memastikan tiada anak-anak asnaf terpinggir
dari arus perdana pendidikan negara.
Antara diperbincangkan
juga perkongsian data maklumat pelajar bagi memudahkan penyaluran bantuan, pelaksanaan
kepimpinan pelajar-pelajar golongan B40, pemerkasaan pemberian bantuan makanan pelajar
melalui kerjasama Yayasan Didik Negara di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir wakil
Yayasan Didik Negara (YDN), Hardian bin Hadir, Mohd Razi bin Jaafar, Zariana binti Abdullah dan Muizuddin bin Aiman.





