KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI INTERNATIONAL EDUCATIONAL SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION


Hari ini, delegasi dari International Educational Scientific and Cultural Organization (IESCO), yang diketuai oleh CEO Tuan Ayman Mohd Hussein, telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang pendidikan.

Pertemuan ini memberi fokus kepada usaha untuk menyediakan bantuan biasiswa pendidikan kepada pelajar-pelajar di negara-negara yang dilanda konflik atau yang kurang bernasib baik. 

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap dapat membantu meringankan beban pendidikan bagi mereka yang terkesan dengan situasi sukar di negara asal mereka.

Selain Tuan Ayman Mohd Hussein, rombongan IESCO turut disertai oleh dua orang pegawai kanan organisasi tersebut. 

Mereka disambut oleh Encik Ahmad Saifuddin bin Haji Md Tahir, Pengurus Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP, yang mempengerusikan pertemuan tersebut.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah beberapa pegawai MAIWP, termasuk Ustaz Muhammad Haikal bin Abdul Hamid (yang bertindak sebagai jurubahasa Arab), Wan Maizatun binti Wan Hassan, Puan Sutera Manis binti Zamzam, Iffah binti Zulhairi, Firdaus bin Ahmad, dan Aidil Adha.

Kerjasama ini diharap dapat membuka jalan bagi pelaksanaan program pendidikan yang lebih menyeluruh, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dari negara-negara yang sedang bergolak, tetapi juga memupuk semangat kemanusiaan dan perpaduan antara negara.

TOP