MESYUARAT PASCA KABINET MENTERI DI JPM (HAL EHWAL AGAMA) DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA WARGA AGENSI

 

Mesyuarat Pasca Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bilangan 21/2024, telah diadakan pada petang ini, 26 November 2024, selepas berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 pada sebelah pagi.

Dalam mesyuarat tersebut, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyelaraskan beberapa perkara penting yang memerlukan tindakan segera daripada agensi-agensi berkaitan.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah pengukuhan industri halal negara serta laporan kemajuan projek pembangunan agensi.

"Semua tindakan yang dibincangkan dalam mesyuarat ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera," ujar YB Menteri.

Selain itu, Menteri turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua warga agensi yang telah menjayakan pelbagai program sepanjang bulan November ini.

"Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga agensi yang telah memberikan komitmen dan kejayaan kepada program-program agensi sepanjang bulan ini," ujar beliau lagi.

Pada majlis yang sama, Menteri juga berbesar hati menerima ucapan terima kasih dan penghargaan daripada YB Timbalan Menteri serta semua ketua agensi yang telah meraikan ulang tahun kelahirannya pada hari ini.

"Walaupun ia adalah majlis yang ringkas, ia amat bermakna.

“Doa daripada semua ketua agensi dan warga hal ehwal agama sangat saya hargai.

"Saya percaya bahawa semua warga agensi hal ehwal Islam adalah kekuatan saya.

"Semoga silaturahim dan kesatuan kita terus berpanjangan dalam usaha kita menjayakan agenda Membangun Malaysia MADANI," tambah beliau.

 

Sumber: FB Dato Setia Dr. Na’im

TOP