LAWATAN KERJA TKPE (P) MAIWP KE KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

Sinergi MAIWP - Karangkraf Semai Kerjasama Strategik


Tujuan Lawatan

Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), mengetuai rombongan lawatan kerja Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. 

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara MAIWP dan syarikat penerbitan terkemuka tersebut serta membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik yang berpotensi pada masa hadapan.

Sambutan dan Dialog

Kehadiran delegasi MAIWP disambut mesra oleh Datuk Hussamuddin bin Haji Yaacub, Penasihat Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. 

Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk Hussamuddin berkongsi pandangan mengenai usaha-usaha yang boleh digembleng bersama untuk manfaat kedua-dua pihak.

Lawatan Ke Tempat-Tempat Utama

Selain daripada sesi dialog, rombongan MAIWP turut dibawa melawat beberapa tempat utama di Kumpulan Media Karangkraf, antaranya:

Tempat Percetakan

Bilik Penyediaan Berita

Loji Rawatan Termal (Insinerator) untuk pelupusan ayat-ayat Al-Quran yang tersilap cetak atau sudah lusuh.

Studio #QuranTime – yang kini memasuki episod 699 My #QuranTime 2.0 pada Sabtu, 9 November 2024.

Maklumat Mengenai Episod #QuranTime

Pada episod ini, kajian mengenai Surah Al-Taubah (9:90-91), halaman 201, dibincangkan bersama Tokoh Ilmuan Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa dari Institut Ulama Al-Juwaini.

Surah Al-Taubah Ayat 90 mengisahkan ancaman terhadap golongan yang enggan berjihad.

Surah Al-Taubah Ayat 91 pula menerangkan jenis-jenis keuzuran yang dibenarkan untuk tidak keluar berjihad.

Ucapan Terima Kasih

MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Hussamuddin dan seluruh pihak Kumpulan Media Karangkraf atas sambutan yang mesra dan kerjasama yang diberikan.


TOP