MAJLIS SUMBANGAN AMAL MAIWP BERSAMA POLIS KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 1 Disember 2025 – Program Penyerahan Sumbangan “Masih Ada Yang Sayang” telah berlangsung dengan jayanya di Anjung Sri Satria, Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur. Program ini disempurnakan kehadirannya oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, manakala perasmian program telah dilakukan oleh YDH CP Dato’ Fadil bin Haji Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur.

Dalam ucapan perasmiannya, YDH Ketua Polis menekankan kepentingan program

seperti ini untuk diteruskan, bagi membantu keluarga yang memerlukan sokongan serta mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan peralatan kesihatan daripada MAIWP dan PERQASEH/D’Lara Event Management kepada warga Polis Kuala Lumpur. Sumbangan yang diserahkan termasuk 15 buah katil pesakit, 20 kerusi roda, serta 50 bakul makanan, yang diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, dan warga Polis Kuala Lumpur yang menghidap penyakit kronik.

Turut hadir sama adalah YBhg. Tuan Shahbudin bin Abd. Khatab, Pengerusi Kebajikan NurQaseh PDRM Malaysia, YBhg. Dato’ Karim bin Mohamed Noor, D’Lara Event Management, YBrs Encik Ahmad Talmizi Bin Yahaya Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (operasi), PERQASEH dan D’Lara Event Management, serta YDH DCP Dato’ Mohd Azani bin Omar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur. 

MAIWP sentiasa komited melaksanakan program kebajikan bagi meringankan beban golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan, serta memperkukuhkan kerjasama antara institusi kerajaan dan masyarakat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan.

TOP